Monday, February 9, 2009

SeLL BaCk OpTiOn

"Sell Back Option"

Apakah Sell Back Policy?

Mengikut PERATURAN-PERATURAN JUALAN LANGSUNG (SKIM DAN PERJALANAN) 2001, bahagian PERJANJIAN, No.2(c) menjelaskan:

"atas permintaan peserta itu, orang yang menjalankan apa-apa perniagaan jualan langsung hendaklah membeli balik apa-apa barang yang boleh dipasarkan yang telah dijual kepada peserta itu dalam masa enam bulan yang dahulu pada suatu harga yang tidak kurang daripada sembilan puluh peratus amaun yang dibayar"

Rujukan: AKTA JUALAN LANGSUNG 1993 (AKTA 500) DAN PERATURAN-PERATURAN.

Konsep Pembiayaan Mengikut AL-BAI BITHAMAN AJIL (BBA) ?

Al-Bai' Bithaman Ajil (BBA) adalah kontrak jual beli dengan harga tangguh. Di bawah konsep ini, Bank memberi pembiayaan kepada pelanggan untuk memiliki harta atau perkhidmatan di mana Bank akan membeli aset kepunyaan pelanggan atau daripada 'vendor' dengan harga tunai dan kemudiannya menjual kembali aset tersebut kepada pelanggan dengan harga belian ditambah keuntungan dan pelanggan boleh membayar balik secara tangguh atau ansuran.

Rujukan: BANK PERTANIAN MALAYSIA

Kedua-dua konsep Sell Back Policy di atas menerangkan maksud dan menjelaskan bahawa konsep ini telah digunapakai secara meluas oleh syarikat Multi-Level Marketing dan Islamic Banking cuma tidak diketahui oleh kita secara meluas. Contohnya seperti syarikat MLM, mana-mana syarikat MLM terutamanya yang mempunyai Sijil Jualan Langsung adalah wajib mempunyai Polisi Belian Semula (Sell Back Policy) ini seperti yang telah termaktub di dalam Akta Jualan Langsung. Jika anda pernah terlibat dengan mana-mana syarikat MLM, dan mempunyai produk yang tidak mampu anda pasarkan dalam tempoh 6 bulan, anda berhak untuk membuat penjualan semula produk tersebut kepada syarikat anda dengan kadar harga tidak kurang daripada 90% amaun yang dibayar. Bagi Islamic Banking, konsep Sell Back Option ini digunakan di dalam produk pinjaman (loan) mereka bagi mengelakkan berlakunya riba. Orang yang ingin membuat pinjaman akan menggunakan akad jual beli produk (walaupun produk tersebut tiada dan sekadar syarat sahaja) dengan kaedah pembayaran harga tangguh. Anda boleh memahami konsep Sell Back Option yang digunakan oleh Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dengan merujuk maklumat di bawah ini:


Setelah anda mendaftar sebagai Distributor CBC dengan keahlian RM155 seumur hidup, anda berhak (pilihan) untuk membuat pembelian (anda sebagai pelanggan) produk dan barangan ceramic daripada Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd (Pembekal) dengan membeli mana-mana Produk Ceramic yang telah dipakejkan seperti ditunjukkan di bawah ini:

Dengan pembelian produk-produk tersebut, hak pemilikan produk ceramic tadi telah bertukar iaitu dari pembekal (Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd) kepada anda (Pelanggan yang membeli secara Online). Untuk mendapatkan keuntungan, anda sebagai PEMILIK haruslah menjualkan produk tersebut kepada pelanggan (rakan sekerja, keluarga dll) dengan harga yang lebih tinggi daripada nilai belian tadi. Anda juga boleh menyimpan produk tersebut sebagai koleksi di rumah atau di pejabat, dan pembelian tadi dianggap sebagai "perbelanjaan" anda.

Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd juga boleh bertindak menjadi PELANGGAN anda setelah hak pemilikan ke atas produk ceramic tadi telah bertukar. ACM bersedia untuk membeli produk tersebut pada kadar harga tertentu sekiranya anda bersetuju dengan polisi Sell Back Option yang telah mereka tetapkan.

  • CBC/ACM menjadi pelanggan anda dan membeli produk ceramic kepunyaan anda tadi pada harga yang CBC tentukan; dan
  • CBC/ACM membuat pembayaran pembelian tadi kepada anda secara Installment Payment (Bayaran Ansuran) melalui pemberian beberapa keping cek atau pembayaran secara EV System (Auto Payment ke e-Wallet Distributor)

ahli beli produk, ada 2 pilihan; nak jual sendiri produk kat kawan-kawan atau jualkan produk kepada CBC.

No comments:

Post a Comment