Monday, February 9, 2009

SeLL BaCk OpTiOn

"Sell Back Option"

Apakah Sell Back Policy?

Mengikut PERATURAN-PERATURAN JUALAN LANGSUNG (SKIM DAN PERJALANAN) 2001, bahagian PERJANJIAN, No.2(c) menjelaskan:

"atas permintaan peserta itu, orang yang menjalankan apa-apa perniagaan jualan langsung hendaklah membeli balik apa-apa barang yang boleh dipasarkan yang telah dijual kepada peserta itu dalam masa enam bulan yang dahulu pada suatu harga yang tidak kurang daripada sembilan puluh peratus amaun yang dibayar"

Rujukan: AKTA JUALAN LANGSUNG 1993 (AKTA 500) DAN PERATURAN-PERATURAN.

Konsep Pembiayaan Mengikut AL-BAI BITHAMAN AJIL (BBA) ?

Al-Bai' Bithaman Ajil (BBA) adalah kontrak jual beli dengan harga tangguh. Di bawah konsep ini, Bank memberi pembiayaan kepada pelanggan untuk memiliki harta atau perkhidmatan di mana Bank akan membeli aset kepunyaan pelanggan atau daripada 'vendor' dengan harga tunai dan kemudiannya menjual kembali aset tersebut kepada pelanggan dengan harga belian ditambah keuntungan dan pelanggan boleh membayar balik secara tangguh atau ansuran.

Rujukan: BANK PERTANIAN MALAYSIA

Kedua-dua konsep Sell Back Policy di atas menerangkan maksud dan menjelaskan bahawa konsep ini telah digunapakai secara meluas oleh syarikat Multi-Level Marketing dan Islamic Banking cuma tidak diketahui oleh kita secara meluas. Contohnya seperti syarikat MLM, mana-mana syarikat MLM terutamanya yang mempunyai Sijil Jualan Langsung adalah wajib mempunyai Polisi Belian Semula (Sell Back Policy) ini seperti yang telah termaktub di dalam Akta Jualan Langsung. Jika anda pernah terlibat dengan mana-mana syarikat MLM, dan mempunyai produk yang tidak mampu anda pasarkan dalam tempoh 6 bulan, anda berhak untuk membuat penjualan semula produk tersebut kepada syarikat anda dengan kadar harga tidak kurang daripada 90% amaun yang dibayar. Bagi Islamic Banking, konsep Sell Back Option ini digunakan di dalam produk pinjaman (loan) mereka bagi mengelakkan berlakunya riba. Orang yang ingin membuat pinjaman akan menggunakan akad jual beli produk (walaupun produk tersebut tiada dan sekadar syarat sahaja) dengan kaedah pembayaran harga tangguh. Anda boleh memahami konsep Sell Back Option yang digunakan oleh Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dengan merujuk maklumat di bawah ini:


Setelah anda mendaftar sebagai Distributor CBC dengan keahlian RM155 seumur hidup, anda berhak (pilihan) untuk membuat pembelian (anda sebagai pelanggan) produk dan barangan ceramic daripada Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd (Pembekal) dengan membeli mana-mana Produk Ceramic yang telah dipakejkan seperti ditunjukkan di bawah ini:

Dengan pembelian produk-produk tersebut, hak pemilikan produk ceramic tadi telah bertukar iaitu dari pembekal (Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd) kepada anda (Pelanggan yang membeli secara Online). Untuk mendapatkan keuntungan, anda sebagai PEMILIK haruslah menjualkan produk tersebut kepada pelanggan (rakan sekerja, keluarga dll) dengan harga yang lebih tinggi daripada nilai belian tadi. Anda juga boleh menyimpan produk tersebut sebagai koleksi di rumah atau di pejabat, dan pembelian tadi dianggap sebagai "perbelanjaan" anda.

Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd juga boleh bertindak menjadi PELANGGAN anda setelah hak pemilikan ke atas produk ceramic tadi telah bertukar. ACM bersedia untuk membeli produk tersebut pada kadar harga tertentu sekiranya anda bersetuju dengan polisi Sell Back Option yang telah mereka tetapkan.

  • CBC/ACM menjadi pelanggan anda dan membeli produk ceramic kepunyaan anda tadi pada harga yang CBC tentukan; dan
  • CBC/ACM membuat pembayaran pembelian tadi kepada anda secara Installment Payment (Bayaran Ansuran) melalui pemberian beberapa keping cek atau pembayaran secara EV System (Auto Payment ke e-Wallet Distributor)

ahli beli produk, ada 2 pilihan; nak jual sendiri produk kat kawan-kawan atau jualkan produk kepada CBC.

Sunday, February 8, 2009

QuEsTiONs 'n' AnSWeRs

Soalan & Jawapan Yang Perlu Anda Fahami

Sebelum Menyertai Ceramic Business Club!

Nota: Sila BACA & FAHAMI terlebih dahulu halaman Soalan Lazim ini jika anda inginkan penjelasan lanjut mengenai JutawanCeramic.Com dan Ceramic Business Club. Jika persoalan tidak dijawab di sini sila hubungi Pusat Agensi Ceramic Business Club Terengganu di SINI.

1. Apakah Ceramic Business Club ini?

Ceramic Business Club adalah sebuah perniagaan e-Commerce yang dimiliki sepenuhnya oleh sebuah syarikat tempatan iaitu Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd. Beribu pejabat di Ampang, Selangor. Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd menerusi jenama Ceramic Business Club menjalankan satu Program Keahlian Privilege dalam memasarkan produk ceramic mereka secara trading.

Ceramic Business Club mula dilancarkan pada 7 Julai 2007 dan merupakan sebuah perniagaan berlesen dan berdaftar, serta sah dijalankan mengikut undang-undang. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd di Laman Mengenai Syarikat ataupun terus ke Laman Rasmi Syarikat. Berikut adalah Sijil Pendaftaran Asia Ceramic Marketing dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

2. Apakah Konsep Perniagaan yang dijalankan oleh Ceramic Business Club ini?

Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd adalah sebuah perniagaan trading produk-produk ceramic yang memasarkan produk-produk ini untuk pasaran dalam dan luar negara. Selain menjalankan perniagaan secara trading, syarikat ini memperkenalkan satu Program Keahlian Privilege yang dipanggil Ceramic Business Club. Melalui program keahlian ini, Ceramic Business Club menawarkan pelbagai ganjaran dan kelebihan yang cukup istimewa kepada Distributornya. Setiap Distributor yang mendaftar akan menerima satu kad keahlian Ceramic Business Club yang tertera nama ahli dan no keahlian mereka pada kad privilege tersebut.

Konsep program keahlian ini sama seperti program ganjaran Real Rewards atau Bonuslink yang dianjurkan oleh Petronas dan Shell. Dengan menjadi ahli dan memegang kad ganjaran tersebut, ahli akan menerima ganjaran dan keuntungan berdasarkan pembelian dan kesetiaan ahli. Jenis-jenis hadiah dan ganjaran yang diberikan adalah bergantung kepada syarikat yang menganjurkannya.

Konsep ini sama juga dengan apa yang dilakukan oleh Ceramic Business Club sekarang. Anda akan menerima kad keahlian Ceramic Business Club dan akan menerima ganjaran istimewa yang anda sahaja sebagai Distributor berpeluang mendapatnya, orang lain yang bukan ahli tidak berhak memperolehinya. Kelebihan dan ganjaran yang diberikan adalah tertakluk kepada Ceramic Business Club itu sendiri. Anda boleh memahami lebih jelas mengenai konsep perniagaan Ceramic Business Club ini dengan merujuka halaman Konsep Perniagaan.

3. Apakah Konsep Perniagaan secara Kad Keahlian Mata Ganjaran ini SAH dan SELAMAT dilakukan?

Penting diingatkan bahawa Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd menjalankan perniagaan trading produk-produk ceramic. Adakah perniagaan trading ini SAH dan SELAMAT? Anda tentu sudah tahu jawapannya. Ya, perniagaan ini adalah selamat dan sah dilakukan. Konsep perniagaan ini sama sahaja dengan perniagaan kedai-kedai runcit di tempat anda. Ada barangan yang dijual dan ada pelanggan yang membelinya.

Manakala Ceramic Business Club pula adalah satu Program Keahlian Privilege yang memberikan keistimewaan kepada Distributor yang mendaftar. Tujuan utama program privilege ini diwujudkan adalah untuk mengikat pelanggan mereka supaya terus bersama dengan syarikat. Setiap Distributor ditawarkan kelebihan-kelebihan tertentu seperti memperolehi mata dengan setiap kali pembelian produk, harga produk yang lebih murah dan dapat menyertai promosi-promosi yang dianjurkan oleh syarikat. Selain itu, ini adalah salah satu strategi syarikat dalam memperkenalkan produk keluaran Asia Ceramic sendiri.

Konsep perniagaan seperti ini telah banyak dipraktikkan di pasaran, cuma kita tidak menyedari peluang dan ganjaran dari program keahlian tersebut. Seperti contoh anda pengguna kenderaan, pasti akan mengisi minyak kenderaan anda. Di Malaysia, terdapat banyak syarikat petrol station dan yang terkenal adalah Petronas dan Shell. Syarikat-syarikat ini bersaing untuk mendapatkan pelanggan, dan salah satu strategi mereka adalah dengan memperkenalkan program keahlian mata ganjaran iaitu Real Rewards (Petronas) dan juga Bonuslink (Shell). Melalui program ini, setiap ahli akan diberikan satu kad keahlian percuma yang tertera jenama syarikat tersebut dan mereka boleh menikmati pelbagai keistimewaan yang ditawarkan oleh program tersebut. Dengan mengisi minyak di petrol station tersebut, ahli-ahli akan menerima mata ganjaran dan setelah dikumpul dalam jumlah tertentu mereka boleh menukarkannya dengan hadiah dan barangan tertentu. Keistimewaan ini tidak boleh didapati oleh bukan ahli program tersebut. Adakah perniagaan mereka SAH dan SELAMAT dilakukan? Sudah tentu anda mengetahuinya! Program tersebut telah berjalan bertahun-tahun lamanya dan perniagaan berkonsepkan seperti ini tidak memerlukan mereka mempunyai Sijil Jualan Langsung (AJL) mahupun kelulusan Bank Negara Malaysia, kerana perniagaan seperti ini bukanlah pelaburan internet, skim cepat kaya mahupun pengumpulan wang deposit haram seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Ceramic Business Club juga menggunakan konsep perniagaan seperti ini. Setiap distributor yang mendaftar akan diberikan satu kad keahlian yang tertera jenama Ceramic Business Club dan akan membawa jenama tersebut dalam perniagaan mereka. Kad ini tidak diterima oleh mana-mana individu yang tidak mendaftar. Apakah ganjaran dan keistimewaan menjadi ahli program ini? Sila rujuk soalan di bawah.

4. Apakah Keistimewaan yang ditawarkan jika saya menjadi Ahli Ceramic Business Club?
-
Sebagai Distributor yang mendaftar secara rasmi dengan syarikat, Ceramic Business Club menawarkan pelbagai keistimewaan kepada Distributornya dan keistimewaan ini hanya diperolehi oleh Distributor yang mendaftar sahaja.
Keistimewaan pertama adalah setiap Distributor akan diberikan satu Program Kebajikan Community Caring Programme yang lebih dikenali sebagai program Khairat Kematian. Melalui program ini, setiap Distributor yang meninggal dunia akan menerima sumbangan daripada pihak syarikat dan Distributor yang lain. Sumbangan tersebut akan diberikan kepada pewaris mangsa. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut DI SINI untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai program khairat kematian ini. Selain program khairat kematian CCP untuk setiap Distributor, Ceramic Business Club juga menyediakan satu tabung kebajikan khusus untuk menderma kepada Pertubuhan Kebajikan, NGO dan lain-lain lagi yang dikenali sebagai Community Service Programme. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini DI SINI.
Ceramic Business Club juga menawarkan pelbagai barangan dan produk yang membolehkan kesemua Distributor menukarkannya dengan mata Shoping Points yang diperolehi daripada bonus yang diterima. Produk dan barangan tersebut meliputi Pakej Pelancongan, Pakej Umrah, Voucher Membeli-belah Giant Hypermarket, Voucher KFC dan Pizza Hut, Aksesori Ceramic Business Club, barangan Ceramic keluaran Vantage dan lain-lain lagi. Pihak syarikat akan menambah beberapa lagi barangan yang lain dalam masa terdekat ini seperti Tiket Penerbangan Air Asia, Telefon Bimbit, Prepaid, MP3, Kamera Digital dan sebagainya yang akan ditambah dari semasa ke semasa.
Selain daripada ganjaran di atas, Ceramic Business Club juga membuka peluang kepada mana-mana Distributornya untuk menyertai program "The CeramicClub Sellback Franchise System". Program ini hanya dibuka kepada Distributor Ceramic Business Club sahaja. Melalui program ini, Distributor akan dilantik menjadi Franchise syarikat dan akan menerima bonus melalui Booster Rewards Bonus. Apakah maksud franchise dan bagaimana keistimewaan tersebut dapat menguntungkan setiap ahlinya? Sila rujuk dalam soalan berikutnya.
5. Apakah Maksud Franchise?

Franchise menurut Kamus Dewan bermaksud "Satu Hak Yang Diberikan Oleh Sesebuah Syarikat Untuk Menjual Atau Memasarkan Produk Melalui Sistem Yang Ditentukan".

Jika kita lihat pada contoh-contoh perniagaan yang menjalankan sistem franchise ini seperti KFC, McD dan Seven E, mereka begitu berjaya dalam mengembangkan perniagaan mereka sehingga ke seluruh dunia.

Cuba lihat McD, dengan hanya sebiji Burger mereka berjaya membuka market ke seluruh dunia. Berlumba-lumba individu yang ingin membuka franchise ini kerana sistem mereka telah terbukti berjaya. Jika dilihat pada sistem mereka, pemilik Franchise McD ini didapati tidak pernah sekali pun menjual, membungkus atau menjadi juruwang di kaunter franchise mereka. Sebaliknya yang melakukan tugas-tugas tersebut adalah SISTEM FRANCHISE itu sendiri! Syarikat McD telah menyediakan sistem (tugas mempromosi, kursus untuk pekerja, menu hidangan, harga hidangan) yang akan membuat jualan untuk pemilik McD tadi.

Perkara ini sama juga seperti yang dilakukan oleh Ceramic Business Club. Apabila anda memilih Pakej Booster dan memilih option sell back kepada syarikat untuk tugas membuat jualan, pihak Ceramic Business Club yang akan menjualkan produk tersebut untuk anda dan anda akan diberikan keuntungan hasil jualan tadi seperti yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Melalui kaedah Franchise ini, bukan anda yang membuat jualan, sebaliknya Sistem Franchise Ceramic Business Club yang akan membuat jualan untuk anda!

6. Bagaimanakan Sistem Franchise Ceramic Business Club beroperasi?

Anda ditawarkan dengan 3 pilihan Pakej Booster iaitu Pakej A: RM900, Pakej B: RM1,800 dan Pakej C: RM3,800. Setiap Pakej Booster ini sebenarnya mengandungi pilihan produk tertentu iaitu Pakej A (Tea Set Ceramic), Pakej B (Dinner Set Ceramic) dan Pakej C (Tea Set + Warmer Set + Dinner Set Ceramic).

Untuk Pakej Booster ini, anda diberikan dua pilihan sama ada ingin membeli produk tersebut secara Trading (beli untuk membuat jualan sendiri atau untuk kegunaan sendiri), ataupun anda membelinya secara Franchise (syarikat akan menjualkan produk tersebut untuk anda) sebagai wakil jualan anda melalui program yang dinamakan "The CeramicClub Sell Back Franchise System".

Sekiranya anda membeli secara trading, anda berhak untuk menjualkan produk tersebut pada sebarang harga yang anda suka, dan keuntungan jualan tersebut adalah keuntungan runcit anda. Harga tidak ditetapkan kerana dalam bisnes trading, setiap Distributor berhak menentukan hanga jualannya sendiri.

Sekiranya anda memilih option sell back kepada syarikat, syarikat telah menetapkan harga jualan produk tersebut dan seterusnya membuat pembayaran kepada anda mengikut harga jualan itu. Syarikat membuat pembayaran hasil jualan anda (Modal + Keuntungan) secara ansuran ataupun bertangguh melalui pemberian "post dated cek" sebaik sahaja pendaftaran dilakukan dan tempoh pembayaran adalah bergantung kepada pilihan pakej, Pakej A & B (2 bulan) dan Pakej C (3 bulan).

8. Bolehkah syarikat ini dipercayai dan tidak menipu ahlinya?

Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd sememangnya boleh dipercayai dan mereka sangat jujur dan ingin membantu ahli-ahlinya membina pendapatan dengan cara dan konsep yang betul. Pihak syarikat telah bekerjasama dengan Giant Hypermerket apabila menjadikan Vaucher Giant sebagai produknya di dalam e-mall. Sebelum syarikat gergasi seperti Giant Hypermarket ini bekerjasama dengan Asia Ceramic Marketing, mereka sudah pastinya menyelidik dahulu latar belakang syarikat dan track record syarikat sebelum bekerjasama. Ini dilakukan bagi menjaga reputasi dan nama baik Giant Hypermarket sebagai sebuah syarikat ternama di Malaysia. Apabila kerjasama ini termetrai, ini dapatlah membuktikan bahawa syarikat sememangnya melakukan perniagaan yang betul, kukuh, dan yang pastinya jujur dan tidak menipu ahli-ahlinya!

Selain daripada Voucher Giant, pihak syarikat juga telah bekerjasama dengan KFC dan Pizz Hut apabila memasukkan Voucher KFC dan Pizza Hut tersebut ke dalam e-mall. Dan dalam masa terdekat ini pula, Asia Ceramic Marketing akan memasukkan dua lagi voucer iaitu Voucher Pasaraya Parkson dan juga Voucher Isian Minyak! Ini membuktikan syarikat ini boleh dipercayai. Jika syarikat sebesar Giant, KFC, Pizza Hut dan Parkson sendiri menaruh kepercayaan terhadap Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd, adakah anda masih lagi ragu-ragu untuk merebut peluang yang sememangnya terhidang di depan mata anda ini?

9. Betul ke kalau tak cari downline masih dapat bonus?

Perlu diingatkan sekali lagi bahawa Ceramic Business Club bukanlah perniagaan MLM yang memerlukan anda mencari downline baru dapat bonus. Ceramic Business Club ini adalah perniagaan secara trading. Apa yang anda jualkan, itulah bonus yang akan anda perolehi. Tetapi keunikan dan kelebihan Ceramic Business Club ini, walaupun anda tidak pandai menjual produk tersebut, pihak syarikat yang membantu anda membuat jualan menerusi sistem Franchise nya dengan keuntungan dan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.

+ +

Beli Produk C Harga RM3800, Syarikat Jual Harga RM4500. Jadi Anda Untung RM700

Contohnya anda memilih untuk membeli Produk Booster Pakej C iaitu Tea Set + Warmer Set + Dinner Set. Harga bagi kesemua produk tersebut ialah RM3800. Jika anda memilih option sell back kepada syarikat dengan sistem Franchise, syarikat akan menjualkan produk tersebut dengan harga RM4500 dan anda akan menerima keuntungan pembelian tersebut sebanyak RM700. Keuntungan ini diperolehi walaupun anda tidak mempunyai downline! Inilah bezanya jika ingin dibandingkan perniagaan Trading dengan sistem MLM.

10. Jadi, adakah saya perlu menjualkan produk itu untuk mendapatkan Personal Bonus tersebut?

TIDAK! Bukan anda yang membuat jualan, sebaliknya syarikat yang membuat jualan untuk anda. Syarikat telah menetapkan nilai keuntungan yang anda akan perolehi daripada penjualan tersebut. Cara bisnes ini beroperasi telah dijelaskan dalam soalan no 6 di atas.


11. Adakah saya perlu maintain buat pembelian barang apa-apa setiap bulan untuk mendapat bonus?

TIDAK PERLU! Kami tidak meminta anda membuat pembelian barang apa-apa. Cuma kami meminta anda menggunakan kembali modal yang anda terima daripada hasil jualan bulan sebelumnya untuk melakukan pembelian Pakej Booster pada bulan tersebut. Wang bonus yang anda terima, Personal Bonus tu anda simpanlah. Gunakan kembali modal asal anda tadi untuk membuat pembelian Pakej Booster yang berikutnya. Jika anda tidak membuat re-purchase pada bulan tersebut, anda tidak akan mendapat bonus daripada overidding downline anda pada bulan depannya. Anda tidak perlu nak keluarkan duit poket anda lagi dan keluar duit setiap bulan, yang perlu anda lakukan ialah gunakan wang modal anda tersebut secara berulang setiap bulan.

Konsep bisnes Trading memerlukan anda lebih berdisiplin dalam menguruskan perniagaan. Katakan hari ini saya adalah penjual Milo di sebuah kedai runcit. Dan setiap bulan saya memborong 100 tin milo dengan pihak pembekal dan dibeli dengan harga borong (RM5.00 bagi satu tin) yang sememangnya jauh lebih murah. Dan pada bulan tersebut saya berjaya menjualkan kesemua stok milo saya tersebut kepada pelanggan saya dan dijual dengan harga runcit (RM9.00 bagi satu tin). Hasil keuntungan (RM4.00 bagi satu tin) daripada jualan tadi saya simpankannya dan modal pembelian (RM5.00 bagi satu tin) saya gunakan kembali untuk membuat pembelian pada bulan hadapan. Beginilah sistem perniagaan trading, jika saya berjaya kekalkan pembelian 100 tin setiap bulan dan berjaya menjual kesemua 100 tin tersebut dalam masa yang ditetapkan, saya akan mempunyai hasil keuntungan yang konsisten dan tetap setiap bulan. Jadi, inilah sebenarnya kunci kejayaan kepada sistem Franchise seperti yang dilakukan oleh Seven Eleven.

Apa yang menjadikan Seven Eleven perniagaan yang cukup berjaya sehingga berjaya membuka cawangan Franchisenya ke seluruh dunia adalah disebabkan sistem disiplin stok barangannya. Katakanlah saya membeli satu buku roti dari Seven Eleven cawangan A, apabila cashier menekan Jual satu buku roti di mesin kira-kiranya, secara automatik Ibu Pejabat Seven Eleven akan mengesan bahawa Seven Eleven cawangan A tadi telah kekurangan satu buku roti. Dan esoknya, pihak HQ akan terus menghantar satu buku roti yang kurang tadi ke Seven Eleven cawangan A tadi. Inilah kunci kejayaan mereka. Ada sistem yang betul-betul berdisiplin dalam pengurusan kewangan dan stok barangnya.

Sama juga dengan Ceramic Business Club. Anda gunakan kembali modal dari pembelian sebelumnya untuk membuat pembelian pada bulan ini. Keuntungan hasil jualan tersebut anda simpan sebagai bonus anda.

12. Jika saya mendaftar sekarang, berapa lamakah tempoh masa untuk saya pulang modal?

Bergantung kepada Pilihan Pakej yang anda lakukan semasa pendaftaran. Untuk Pakej A dan B, tempoh masa untuk anda pulang modal dan dapat keuntungan ialah selama 2 bulan dari tempoh pembelian, manakala bagi Pakej C, tempoh masa untuk anda pulang modal dan dapat keuntungan ialah selama 3 bulan dari tempoh pembelian.

KERATAN AKHBAR MENGENAI CBC

THE STAR, 18 JANUARI 2009 (AHAD)

SINAR HARIAN, 7 JANUARI 2009 (RABU)

HARIAN METRO, 9 OKTOBER 2008 (KHAMIS)

13 OKTOBER 2008 (ISNIN)

SIN CHEW DAILY, 10 OKTOBER 2008 (JUMAAT)

THE STAR, 20 JULAI 2008 (AHAD)

10 OKTOBER 2008 (JUMAAT)

MIRI DAILY NEWS, 10 OKTOBER 2008 (JUMAAT)

SINAR HARIAN, 21 SEPTEMBER 2008 (AHAD)

UTUSAN SARAWAK

Rebutlah Peluang Hebat Ini !!

Untuk Kesejahteraan Anda,

Dan Masa Depan Anak Anda

Pilihan Pakej Pendaftaran

Pilihan Pakej Pendaftaran

Berikut adalah Pilihan Pakej Pendaftaran Distributor Ceramic Business Club yang ditawarkan oleh Group JutawanCeramic. Anda bebas untuk memilih mana-mana Pakej Pendaftaran di bawah ini untuk mengaktifkan keahlian anda sebagai VIP Member JutawanCeramic dan seterusnya sebagai Distributor Ceramic Business Club.

Terdapat 5 Pilihan Pakej Pendaftaran iaitu:

  • Pakej IPS = RM155
  • Pakej IPS Premium = RM1550
  • Pakej Booster A = RM1055
  • Pakej Booster B = RM1955
  • Pakej Entrepreneur/Usahawan = RM3955

*Setiap orang hanya dibenarkan mendaftar sekali sahaja di Ceramic Business Club. Anda boleh memilih mana-mana pakej yang dirasakan bersesuaian dengan anda. Jika anda telah mendaftar sebelum ini dan ingin menukar pakej seterusnya, anda boleh berbuat demikian pada bulan seterusnya.


bulletPakej IPS (Membership + Profit Sharing):

Modal Bisnes = RM155

Kod SMS Payment : Pakej_IPS
IPS Package : 155 EV
  • For Introduce / Sign up new Distributor, no product purchased need.
  • This is a simple sign up Distributor Package strictly offer for IPS (International Profit Sharing) Pool reward programme only!
  • International Profit Sharing Pool reward is base on the progress of sales and the participation of the distributors / business partners
Kelebihan :
  • Mendaftar sebagai Distributor Ceramic Business Club yang sah.
  • Menerima Kad Privilege Keahlian Ceramic Business Club.
  • Layak menikmati Tabung Khairat Kematian melalui CCP Program.
  • Menikmati IPS Pool Bonus Blok A setiap minggu.

bulletPakej IPS Premium (Membership + Profit Sharing):

Modal Bisnes = RM1550

Kod SMS Payment : Pakej_PREMIUM
Premium Package (IPS) 10 + 1 : 1550 EV
  • For Introduce / Sign up new Distributor, no product purchased need.
  • Free 1 IPS for each Premium Package (IPS) sign up .
  • This is a simple sign up Distributor Package strictly offer for IPS (International Profit Sharing) Pool reward programme only!
  • International Profit Sharing Pool reward is base on the progress of sales and the participation of the distributors / business partners
Kelebihan :
  • Mendaftar sebagai Distributor Ceramic Business Club yang sah.
  • Menerima Kad Privilege Keahlian Ceramic Business Club.
  • Layak menikmati Tabung Khairat Kematian melalui CCP Program.
  • Menikmati IPS Pool Bonus Blok B setiap minggu.

bulletPakej Booster A (Tea Set 14pcs): Sell Back Option RM1000

Modal Bisnes = RM1055

Kod SMS Payment : Pakej_A
Booster Package A (Tea Set 14pcs) = 900 EV + 155 EV ( IPS ) : 1055 EV
  • I hereby agree to sell back the above-mentioned purchased product to Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd at the value stated below.
Booster Package A (Tea Set 14pcs): 1000 EV
  • Select Receiving Method
By Courier / POS
Collect In HQ
By Hand (Steve)
Terms and Conditions
  1. As stated in the agreement above, I hereby agree to sell back the above-stated product item to Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd by receiving 2 installments.
  2. This is an extra benefit / trading reward for Distributor / Privilege member. Each Distributor / Privilege member is limited to 1 purchase only for each particular month.
  3. Ceramic Business Club reserves all rights to update / change / remove the trading reward programme without any prior notice.
Kelebihan :
  • Mendaftar sebagai Distributor Ceramic Business Club yang sah.
  • Menerima Kad Privilege Keahlian Ceramic Business Club.
  • Layak menikmati Tabung Khairat Kematian melalui CCP Program.
  • Menikmati IPS Pool Bonus Blok A setiap minggu.
  • Anda akan menerima pembayaran ansuran melalui 2 keping cek RM500, yang kesemuanya bernilai RM1000.
  • Cek RM500 Pertama adalah bertarikh SEBULAN dari tarikh pembelian, manakala Cek RM500 Kedua adalah DUA BULAN dari tarikh pembelian.
  • Dengan mengekalkan pembelian berturut-turut Pakej ini selama 4 bulan, anda layak menikmati Anugerah Kesetiaan Baucer yang bernilai RM60.00

  • Untuk Pakej ini, jika anda ingin melakukan repurchase setiap bulan dan ingin mendapat bonus sebanyak RM100.00 setiap bulan, anda perlu mengikut sistem seperti yang telah ditetapkan di dalam jadual di atas. Contohnya anda membeli Booster pada bulan 1, menerima 2 keping cek pada bulan 2 dan bulan 3 sebanyak RM500 setiap keping.
  • Pada bulan ke 2, sebaik sahaja Cek Pertama anda clear, anda gunakan semula RM500 tersebut dan menambah wang poket sebanyak RM400 lagi untuk membuat belian pada bulan kedua. Anda akan menerima 2 keping cek lagi iaitu pada bulan 3 dan bulan 4 yang bernilai RM500 setiap satu.
  • Pada bulan ke 3, anda mempunyai 2 keping cek (hasil pembelian pertama dan pembelian kedua) dan gunakan hasil jualan tersebut untuk membuat belian pada bulan ke 3. Jumlah cek tersebut adalah sebanyak RM1000 dan yang ingin dibeli hanyalah RM900 sahaja. Jadi bonus lebihan RM100 adalah bonus tunai anda. Seterusnya, hanya lakukan pembelian yang sama setiap bulan dengan menggunakan hasil jualan dari bulan sebelumnya.
  • Bulan ke-4 anda sudah menerima Anugerah Kesetian Baucer yang bernilai RM60.00



  • bulletPakej Booster B (Dinner Set 36pcs): Sell Back Option RM2000

    Modal Bisnes = RM1955

    Kod SMS Payment : Pakej_B
    Booster Package B (Dinner Set 36pcs) = 1800 EV + 155 EV ( IPS ) : 1955 EV
    • I hereby agree to sell back the above-mentioned purchased product to Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd at the value stated below.
    Booster Package B (Dinner Set 36pcs): 2000 EV

    • Select Receiving Method
    By Courier / POS
    Collect In HQ
    By Hand (Steve)
    Terms and Conditions
    1. As stated in the agreement above, I hereby agree to sell back the above-stated product item to Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd by receiving 2 installments.
    2. This is an extra benefit / trading reward for Distributor / Privilege member. Each Distributor / Privilege member is limited to 1 purchase only for each particular month.
    3. Ceramic Business Club reserves all rights to update / change / remove the trading reward programme without any prior notice.
    Kelebihan :
    • Mendaftar sebagai Distributor Ceramic Business Club yang sah.
    • Menerima Kad Privilege Keahlian Ceramic Business Club.
    • Layak menikmati Tabung Khairat Kematian melalui CCP Program.
    • Menikmati IPS Pool Bonus Blok A setiap minggu.
    • Anda akan menerima pembayaran ansuran melalui 2 keping cek RM1000, yang kesemuanya bernilai RM2000.
    • Cek RM1000 Pertama adalah bertarikh SEBULAN dari tarikh pembelian, manakala Cek RM1000 Kedua adalah DUA BULAN dari tarikh pembelian.
    • Dengan mengekalkan pembelian berturut-turut Pakej ini selama 4 bulan, anda layak menikmati Anugerah Kesetiaan Baucer yang bernilai RM100.00

    • Untuk Pakej ini, jika anda ingin melakukan repurchase setiap bulan dan ingin mendapat bonus sebanyak RM200.00 setiap bulan, anda perlu mengikut sistem seperti yang telah ditetapkan di dalam jadual di atas. Contohnya anda membeli Booster pada bulan 1, menerima 2 keping cek pada bulan 2 dan bulan 3 sebanyak RM1000 setiap keping.
    • Pada bulan ke 2, sebaik sahaja Cek Pertama anda clear, anda gunakan semula RM1000 tersebut dan menambah wang poket sebanyak RM800 lagi untuk membuat belian pada bulan kedua. Anda akan menerima 2 keping cek lagi iaitu pada bulan 3 dan bulan 4 yang bernilai RM1000 setiap satu.
    • Pada bulan ke 3, anda mempunyai 2 keping cek (hasil pembelian pertama dan pembelian kedua) dan gunakan hasil jualan tersebut untuk membuat belian pada bulan ke 3. Jumlah cek tersebut adalah sebanyak RM2000 dan yang ingin dibeli hanyalah RM1800 sahaja. Jadi bonus lebihan RM200 adalah bonus tunai anda. Seterusnya, hanya lakukan pembelian yang sama setiap bulan dengan menggunakan hasil jualan dari bulan sebelumnya.

    bulletPakej Booster C ( Dinner Set 36pcs + Warmer Set 15pcs + Tea Set 14pcs ): Sell Back Option RM4500

    Modal Bisnes = RM3955

    Kod SMS Payment : Pakej_C
    Entrepreneur Package (Dinner Set 36pcs + Warmer Set 15pcs + Tea Set 14pcs) = 3800 EV + 155 EV ( IPS ) : 3955 EV
    • I hereby agree to sell back the above-mentioned purchased product to Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd at the value stated below.
    Entrepreneur Package (Dinner Set 36pcs + Warmer Set 15pcs + Tea Set 14pcs) : 4500 EV

    • Select Receiving Method
    By Courier / POS
    Collect In HQ
    By Hand (Steve)
    Terms and Conditions
    1. As stated in the agreement above, I hereby agree to sell back the above-stated product item to Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd by receiving 3 installments.
    2. This is an extra benefit / trading reward for Distributor / Privilege member. Each Distributor / Privilege member is limited to 1 purchase only for each particular month.
    3. Ceramic Business Club reserves all rights to update / change / remove the trading reward programme without any prior notice.
    Kelebihan :
    • Mendaftar sebagai Distributor Ceramic Business Club yang sah.
    • Menerima Kad Privilege Keahlian Ceramic Business Club.
    • Layak menikmati Tabung Khairat Kematian melalui CCP Program.
    • Menikmati IPS Pool Bonus Blok A setiap minggu.
    • Anda akan menerima pembayaran ansuran melalui 3 keping cek RM1500, yang kesemuanya bernilai RM4500.
    • Cek RM1500 Pertama adalah bertarikh SEBULAN dari tarikh pembelian, Cek RM1500 Kedua adalah DUA BULAN dari tarikh pembelian, manakala Cek RM1500 Ketiga adalah TIGA BULAN dari tarikh pembelian.
    • Dengan mengekalkan pembelian berturut-turut Pakej ini selama 4 bulan, anda layak menikmati Anugerah Kesetiaan Baucer yang bernilai RM250.00
    • Untuk Pakej ini, jika anda ingin melakukan repurchase setiap bulan dan ingin mendapat bonus sebanyak RM700.00 setiap bulan, anda perlu mengikut sistem seperti yang telah ditetapkan di dalam jadual di atas. Contohnya anda membeli Booster pada bulan 1, menerima 3 keping cek pada bulan 2, bulan 3 dan bulan 4 sebanyak RM1500 setiap keping.
    • Pada bulan ke 2, sebaik sahaja Cek Pertama anda clear, anda gunakan semula RM1500 tersebut dan menambah wang poket sebanyak RM2300 lagi untuk membuat belian pada bulan kedua. Anda akan menerima 3 keping cek lagi iaitu pada bulan 3, bulan 4 dan bulan 5 yang bernilai RM1500 setiap satu.
    • Pada bulan ke 3, sebaik sahaja Cek Pertama dan Kedua anda clear, anda gunakan semula RM3000 tersebut dan menambah wang poket sebanyak RM800 lagi untuk membuat belian pada bulan ketiga. Anda akan menerima 3 keping cek lagi iaitu pada bulan 4, bulan 5 dan bulan 6 yang bernilai RM1500 setiap satu.
    • Pada bulan ke 4, anda mempunyai 3 keping cek (hasil pembelian pertama, pembelian kedua dan pembelian ketiga) dan gunakan hasil jualan tersebut untuk membuat belian pada bulan ke 4. Jumlah cek tersebut adalah sebanyak RM4500 dan yang ingin dibeli hanyalah RM3800 sahaja. Jadi bonus lebihan RM700 adalah bonus tunai anda. Seterusnya, hanya lakukan pembelian yang sama setiap bulan dengan menggunakan hasil jualan dari bulan sebelumnya.

    YA!

    Saya Berminat Nak UPGRADE VIP

    dan Menjadi Distributor Ceramic Club!

    Apa yang perlu anda buat?

    .: KLIK DISINI:.